Gara-Gara Curi RM50, Tukang Cuci Dipenjara Sehari

Diterbitkan: Isnin, 25 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri wang RM50, seorang tukang cuci warga Indonesia dipenjara sehari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini, Isnin.

Majistret Nur Azura Murah menjatuhkan hukuman itu terhadap Endang, 35, selepas dia mengaku bersalah mencuri wang milik pegawai wanita Perbadanan Insuran Deposit Malaysia (PIDM), Lee Yee Ming, 37.

Endang yang tinggal di kawasan Sunway, Petaling Jaya, didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat PIDM, Tingkat 15, Jalan Stesen Sentral 4, Brickfields, di sini pada 11.35 pagi, 14 Jun lepas.

Wanita itu yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, melalui rakaman kamera litar tertutup, seorang pengawal keselamatan melihat Endang mencuri wang itu sebelum menahannya di Aras 12, pejabat PIDM pada 3 petang hari berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Muhamad Sapri Yaakub manakala tertuduh diwakili peguam S. Narasimhan. Endang membayar denda tersebut. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan