Suri Rumah Didenda RM1,000 Kerana Pecahkan Cermin Kereta Suami

Diterbitkan: Jumaat, 22 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, Jumaat selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan memecah cermin kereta suaminya, minggu lepas.

Majistret Parvin Hameedah Natchiar menjatuhi hukuman itu terhadap Yap Huey Nuo, 44, yang didakwa melakukan perbuatan khianat itu terhadap Sok Hock Quei, 43. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan 17/42 Taman Lawa Off Jalan Kuching, Sentul di sini pada 6.25 petang 10 Jun lepas.

Ibu kepada dua orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, kejadian itu berlaku selepas pertengkaran antara Yap dan suami yang menyebabkan tertuduh membaling sebilah pisau pemotong daging ke arah kereta suaminya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tan Siew Ping manakala tertuduh diwakili peguam Rohani Ibrahim. Yap membayar denda itu. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan