Kes Saman Mas & Tajuddin Selesai, Mahkamah Batal Saman

Diterbitkan: Jumaat, 22 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes saman yang melibatkan Malaysian Airline System Bhd (MAS) dan bekas Pengerusi Eksekutifnya Tan Sri Tajudin Ramli mencapai penyelesaian apabila kedua-dua pihak pada Jumaat dibenar membatalkan saman masing-masing.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini Rosilah Yop membenarkan permohonan MAS dan dua syarikat lagi membatalkan saman terhadap Tajudin dan kesemua tuntutan balas terhadap MAS dan 16 defendan lain juga dibatalkan.

Kedua-dua keputusan itu tidak melibatkan kos dan tanpa kebebasan untuk memfail semula kes.

Hakim Rosilah membuat keputusan tersebut di dalam kamar dengan dihadiri peguam Lim Kian Leong yang mewakili Tajudin, S.M. Shanmugam mewakili MAS dan Peguam Kanan Persekutuan Lailawati Ali bagi pihak kerajaan Malaysia.

Pada 2006, MAS dan dua syarikat berkaitannya, MAS Golden Holidays Sdn Bhd dan MAS Hotels & Boutiques Sdn Bhd selaku pihak plaintif memfailkan saman terhadap Tajudin dan empat defendan yang lain iaitu syarikat Naluri Corporation Bhd, Promet (Langkawi) Resorts Sdn Bhd, Kauthar Venture Capital Sdn Bhd dan Pakatan Permai Sdn Bhd.

MAS dalam saman itu antara lain mendakwa, pihak defendan telah melanggar kewajipan fidusiari (pemegang amanah) namun Tajudin yang berkhidmat di MAS antara 1994 hingga 2001 menafikan dakwaan tersebut.

Tajudin pula bersama Promet Resort dan Kauthar Venture Capital memfailkan tuntutan balas dengan menamakan MAS dan dua syarikat berkaitan dengannya serta 13 pengarah MAS dan kerajaan, masing-masing sebagai defendan-defendan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan