Adam Adli Dapat Kebenaran Mahkamah Cabar Keputusan Universiti

Diterbitkan: Jumaat, 22 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim pada Khamis mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan universiti itu menggantungnya kerana dikatakan melanggar peraturan universiti.

Hakim, Abang Iskandar Abang Hashim meluluskan permohonan Adam Adli itu bagi penyemakan penghakiman selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dalam kamarnya.

Peguam kepada Adam Adli, Fadiah Nadwa Fikri memberitahu pemberita bahawa hakim memberi kebenaran itu atas alasan permohonan punya merit dan bukan dibuat secara suka-suka.

Peguam itu berkata, mahkamah akan menetapkan kemudian tarikh pendengaran bagi permohonan penyemakan sepatutnya penghakiman tersebut.

Pada 17 April, Adam Adli, 23, pelajar semester kelima Pengajian Inggeris sebagai Bahasa Kedua, memfailkan permohonan dengan menamakan universiti itu, jawatankuasa rayuan tatatertib dan kerajaan sebagai responden.

Beliau memohon supaya Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan jawatankuasa rayuan pada 8 Mac yang menolak rayuannya terhadap perintah jawatankuasa tatatertib UPSI yang menggantungnya.

Pada 9 Januari, jawatankuasa tatatertib memerintahkan penggantungan selama tiga semester ke atas Adam Adli yang akan berakhir penghujung September tahun depan.

Dalam permohonannya itu Adam Adli berkata, dia didapati bersalah oleh jawatankuasa tatatertib kerana memburukkan nama universiti itu dan mengganggu ketenteraman serta keselamatan awam. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan