Kes Stephanie Foray: Leher Si Mati Mungkin Cedera - Pakar Forensik

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pakar Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa leher wanita warga Perancis, Stephanie Foray, mungkin mengalami kecederaan dan pendarahan.

Dr Sri Marni Zainal Abidin yang menjadi saksi ke-11 (SP11) perbicaraan dalam kes pembunuhan Foray di Pulau Tioman tahun lepas itu berkata demikian ketika Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib @ Hamid merujuk kepada laporan bedah siasat yang dijalankannya terhadap jasad Foray sebelum ini.

Dr Sri Marni dalam keterangannya tidak menolak kemungkinan leher si mati cedera walaupun sukar untuk dipastikan kerana ketika pembedahan dilakukan jasad Foray mengalami proses pereputan dan terdapat tuala di sekeliling lehernya.

"Saya juga tidak menolak kemungkinan ada pendarahan pada bahagian leher dan ada kemungkinan tuala di sekeliling leher si mati digunakan untuk menutup pendarahan yang mengalir dari bahagian kepala atau mungkin juga ia (tuala) berada di situ tanpa apa-apa sebab," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyambung keterangan pada hari ke-15 perbicaraan ke atas Asni Omar, 37, yang didakwa membunuh Foray di rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin antara 8 malam, 10 Mei dan 12 tengah hari, 12 Mei tahun lepas.

Terdahulu, pada perbicaraan di sebelah pagi, Salim bertanyakan kepada Dr Sri Marni mengapa terdapat percanggahan laporan radiologi x-ray jasad si mati yang disediakan oleh Pakar Radiologi HTAA Dr Mubarak Mohd Yusof, dengan laporan bedah siasatnya.

Pakar forensik itu berkata, Mubarak menyediakan laporan itu berdasarkan gambar sinar x yang diambil sebelum ini dan mendapati tengkorak kepala si mati tidak mengalami keretakan dan komen yang sama turut dinyatakan terhadap tulang rahang bawah, tulang humerus kanan, tulang servikal dan torasik vertebrae, tulang femur dan tibia kanan dan tulang kaki kanan dan kiri.

"Sedangkan, saya dan rakan, Pakar Forensik dari Hospital Kuala Lumpur iaitu Dr Nurliza Abdullah menjalankan bedah siasat terhadap tulang-tulang itu sendiri dan kami mendapat penglihatan secara terus terhadap sampel tulang-tulang berkenaan.

"Tambahan pula, terdapat keretakan-keretakan halus pada tulang-tulang itu yang tidak dapat dikesan dengan jelas menerusi gambar sinar x," jelasnya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mariana Yahya ditangguhkan sehingga 30 Julai depan kerana pihak pembela memerlukan masa yang agak panjang untuk menyediakan hujah-hujah bagi pemeriksaan balas terhadap pakar forensik itu.

"Ini kerana SP 11 (Dr Sri Marni) memberi banyak keterangan yang pada asalnya tidak ada dalam laporan bedah siasat (P 118) seperti laporan radiologi, laporan rekod pergigian dan laporan unit entimologi perubatan dan dengan itu kami memerlukan sedikit masa untuk bersedia menyoal balas SP 11," kata peguam Muhamaad Hisham Abdul Rahim. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan