Permohonan Uthayakumar Mohon Daftar HRP Ditolak

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: P. Uthayakumar pada Selasa gagal mendapat kebenaran semakan kehakiman untuk mengetepikan keputusan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang tidak meluluskan pendaftaran Human Rights Party (HRP) sebagai parti politik.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rohana Yusof membuat keputusan menolak permohonan Uthayakumar di dalam kamar dengan dihadiri Uthayakumar yang mewakili dirinya sendiri dan Peguam Kanan Persekutuan Aida Adhha Abu Bakar dan Muzila Mohamed Arsad.

Aida Adhha memberitahu pemberita bahawa Uthayakumar, yang merupakan pemimpin HRP, gagal membuat permohonan sama sebanyak tiga kali dan hakim membuat keputusan permohonan perintah mandamus mengarahkan Hishammuddin membenarkan HRP diluluskan dan didaftarkan dalam tempoh tujuh hari adalah tidak menepati Seksyen 44 Akta Relief Spesifik.

Menurut Aida Adhha, hakim juga berpendapat Hishammuddin telah memberi penjelasan yang cukup mengapa beliau menolak permohonan Uthayakumar menerusi afidavit sokongan.

Pada 4 Mei lepas, Uthayakumar mengemukakan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah certiorari mengetepikan keputusan Hishammuddin melalui surat bertarikh 23 Mac lepas yang menolak dan tidak meluluskan HRP didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan dan parti politik.

Beliau juga memohon perintah mandamus mengarahkan Hishammuddin memutuskan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah mahkamah supaya membenarkan permohonannya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan