Pengarah Syarikat Dipenjara Tiga Tahun Tipu Ahli Perniagaan RM400,000

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pengarah syarikat dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu selepas didapati bersalah memperdaya seorang ahli perniagaan untuk menyerahkan sekeping cek bernilai RM400,000 tujuh tahun lepas.

Hakim M.Bakri Abd Majid menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pembelaan tertuduh, Ab Ghafar Khalid, 61, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

M.Bakri bagaimanapun membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan, tetapi menaikkan jumlah jaminan daripada RM30,000 kepada RM40,000.

Ab Ghafar didakwa memperdaya Abdul Hamid Bawal, 56, untuk mempercayai bahawa tertuduh akan memberi pinjaman wang sejumlah US$400 juta kepada Abdul Hamid dan oleh itu telah mendorongnya (Abdul Hamid) menyerahkan sekeping cek bernilai RM400,000 sebagai wang proses pinjaman kepada tertuduh.

Ab Ghafar didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Seksyen 2 di sini pada 21 Mac 2005.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Tujuh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Terdahulu, dalam rayuan untuk meringankan hukuman, peguam S.Suresh yang mewakili tertuduh memohon supaya mahkamah tidak menjatuhkan hukuman sebat ke atas anak guamnya atas faktor umur.

Timbalan Pendakwa Raya Jaizah Jaafar Sidek yang mengendalikan pendakwaan pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh dengan mengambil kira kepentingan awam dan jumlah kerugian yang dialami mangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan