Penganggur Didakwa Curi Beg Tangan Pelajar Warga Arab Saudi

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pada Rabu terhadap pertuduhan mencuri beg tangan seorang pelajar perempuan warga Arab Saudi, minggu lepas.

Faizal Abdul Rahim, 38, didakwa mencuri beg tangan yang mengandungi wang tunai RM1,000, dua telefon bimbit dan cincin emas putih yang kesemuanya bernilai RM7,000 milik Alaa Adel Y Saber, 20, penuntut universiti swasta di sini.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di depan Fahreinheit 88, Jalan Bukit Bintang di sini pada pukul 8.30 malam, 15 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan kedua iaitu gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri kepada anggota polis Koperal Jamil Awang di Lorong Walter Garnier di sini pada 8.40 malam, hari sama.

Dia didakwa mengikut Peraturan 7(1)(n) dan boleh dihukum di bawah Peraturan 25(1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih lima tahun dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Zulkifli Osman.

Di mahkamah sama seorang tukang cuci kereta mengaku bersalah terhadap pertuduhan menceroboh kawasan Asrama Anak Yatim Darul Taqwa di Lebuhraya Besraya Sungai Besi di sini pada 4.30 pagi 14 Jun lepas.

Muhamad Sonawi Mansor, 23, didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan kedua iaitu gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri kepada anggota polis.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Loh Wei Dhin.

Majistret Mohd Azali Ibrahim tidak menetapkan sebarang jaminan kerana kedua-dua tertuduh tiada penjamin dan menetapkan 5 Julai untuk sebutan semula kedua-dua kes. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan