Mahkamah Tolak Saman M.Manoharan & P.Uthayakumar

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menolak saman yang dikemukakan dua peguam terhadap perdana menteri, timbalan perdana menteri dan kerajaan berkaitan permohonan mereka untuk mendapatkan perisytiharan bahawa kesemua 523 sekolah rendah Tamil di negara ini perlu diberi bantuan penuh.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham dalam keputusan beliau memutuskan bahawa M.Manoharan dan P.Uthayakumar tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian.

Hakim Singham berkata beliau bersetuju dengan hujah peguam kanan persekutuan Effandi Nazila Abdullah, yang mewakili defendan, bahawa kedua-dua plaintif gagal menunjukkan mereka mempunyai locus standi untuk mengemukakan saman itu.

Kata beliau, Manoharan dalam hujahnya berkata, haknya tidak terjejas berkaitan isu sekolah Tamil dan menegaskan bahawa dia tidak mengalami kerugian khas, tetapi bertindak demi kepentingan seluruh masyarakat Tamil.

Hakim itu memerintahkan Manoharan dan Uthayakumar masing-masing membayar RM1,000 sebagai kos kepada defendan.

Hakim Singham membuat keputusan itu selepas meluluskan permohonan defendan untuk mengetepikan saman berkenaan.

Pada 5 April, defendan memfailkan permohonan untuk mengetepikan saman berkenaan atas alasan writ saman itu adalah sesuatu yang remeh, menyakitkan hati dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Pada 9 Februari, Manoharan dan Uthayakumar memfailkan saman itu dengan menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Mereka, menuntut, antara lain, satu perisytiharan bahawa kesemua 523 sekolah rendah Tamil di negara ini perlu diberi bantuan penuh. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan