Kes Stephanie Foray: Mangsa Mungkin Dirogol - Pakar Forensik - Berita Mahkamah | mStar

Kes Stephanie Foray: Mangsa Mungkin Dirogol - Pakar Forensik

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pakar Forensik Perubatan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), pada Rabu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak menolak kemungkinan pelancong wanita Perancis Stephanie Foray dirogol sebelum atau selepas kematiannya.

Dr Sri Marni Zainal Abidin yang menjadi saksi ke-11 pihak pendakwaan dalam kes pembunuhan Foray di Pulau Tioman tahun lepas, berkata kemungkinan itu boleh berlaku setelah beliau menjalankan bedah siasat pada jasad mangsa yang hampir reput pada 8 Ogos 2011 di HTAA dengan dibantu Pakar Forensik dari Hospital Kuala Lumpur, Dr Nurliza Abdullah.

Sri Marni dalam keterangannya berkata dalam laporan bedah siasatnya, Foray mungkin dirogol setelah sampel daripada kemaluannya yang dihantar ke Jabatan Kimia mengesahkan terdapat kesan air mani.

"Ini menunjukkan berlakunya hubungan seksual serta mengambil kira empat keretakan tulang berlaku di sekitar bahagian mukanya, saya tidak menolak kemungkinan mangsa mungkin dirogol," katanya ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan