Kes Saman Fitnah Anwar Ditetapkan 1 November

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan pada 1 November sebagai tarikh pendengaran kes saman fitnah yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan Senator Datuk S. Nallakaruppan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan tarikh tersebut untuk pengurusan kes pada pagi Rabu.

Anwar menfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Utusan Melayu, Ketua Pengarang Kumpulan akhbar berkenaan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Nallakarupaan mengenai artikel yang disiarkan pada 20 Mac.

Ketua Pembangkang itu mendakwa artikel berkenaan mencemarkan maruah dan nama baiknya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar berkata perkataan fitnah yang terkandung dalam artikel akhbar berkenaan adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat.

Anwar mendakwa beliau menghantar surat tuntutan menerusi peguamnya kepada defendan supaya menarik balik perkataan yang berbaur fitnah itu tetapi mereka gagal berbuat demikian.

Beliau menuntut ganti rugi am berjumlah RM100 juta, selain ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan