Jual Buku Irshad Manji: Pengurus Stor Buku Didakwa

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus stor pada Selasa dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini terhadap pertuduhan menyebar buku 'Allah, Kebebasan dan Cinta' karya penulis kontroversi, Irshad Manji yang bertentangan dengan hukum syarak di kedai buku Borders di The Gardens Mall, Mid Valley.

Nik Raina Nik Abdul Aziz, 36, didakwa terhadap pertuduhan menyebarkan dengan cara menjual buku bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta (Keberanian untuk menyelaraskan kebebasan dengan iman) terjemahan buku tulisan Irshad yang bertajuk 'Allah, Liberty and Love' (The courage to reconcile faith and freedom) yang bertentangan dengan hukum syarak.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kedai buku Borders, milik Berjaya Books Sdn Bhd, Lot T-216B, Tingkat 3, The Gardens Mall, Mid Valley City, lebih kurang 8.41 hingga 9.45 malam, 23 Mei lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 13(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan oleh Nik Raina selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan.

Terdahulu peguam Rosli Dahlan yang mewakili Nik Raina memohon supaya pertuduhan yang dihadapi anak guamnya tidak dibacakan di mahkamah dan sekiranya mahkamah membenarkan pertuduhan itu dibaca, peguam itu memohon supaya pengakuan tidak dibuat dan kes ditangguhkan kerana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan.

Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Ibrahim Deris bagaimanapun berkata tertuduh telah dibawa ke mahkamah dan mahkamah mempunyai budi bicara sama ada untuk membenarkan pertuduhan itu dibacakan atau tidak kerana ia bukan bidang kuasa pendakwaan.

Hakim Syarie Abdul Walid memerintahkan supaya pertuduhan itu dibaca dan menetapkan 19 Sept untuk sebutan semula kes.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM500 dengan seorang penjamin.

Pada 24 Mei lepas, Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penerbitan buku tulisan Irshad Manji bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta' dan versi Bahasa Inggeris 'Allah, Liberty and Love' kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.

Irshad, penulis kelahiran Uganda dan memegang kerakyatan Kanada mencetuskan kontroversi kerana menyokong gerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan