Bekas Lt Komander Gagal Dapat Pampasan Berhubung Tender

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas Lt Komander markas operasi armada di pangkalan tentera laut Lumut hari ini gagal mendapatkan pampasan berjumlah RM2 juta berhubung kegagalannya mendapat tender bagi membekalkan sistem bateri untuk senjata torpedo, dalam saman sivil berhubung pelanggarannya kontraknya.

Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop, dalam keputusannya, berkata Lt (B) K.Marappan gagal untuk mewujudkan kes terhadap Ketua Setiausaha kementerian Pertahanan dan tiga lagi defendan.

Beliau menolak tuntutan Marappan dengan kos yang akan dinilai kemudian.

Selain ketua setiausaha kementerian, Marappan, 68, menamakan Panglima Tentera Laut, Kementerian Pertahanan dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau menyatakan bahawa defendan pertama yang mengiklankan satu tender pada November 2002 bagi pembelian 24 unit 'silver chloride magnesium seawater activated battery', dan plaintif mengemukakan bidaannya bagi mendapatkan tender itu kepada defendan pertama pada 23 Disember, 2002.

Marappan mendakwa beliau menawarkan setiap unit pada kos RM129,992, rendah daripada dua lagi pembida dan bidaannya memenuhi semua keperluan.

Beberapa siri ujian ke atas sampel bateri dijalankan di India telah menimbulkan "jangkaan yang munasabah dan sah" berhubung percubaannya bagi mendapatkan tender, katanya sambil menambah pada akhirnya ia tidak diberikan kepadanya.

Marappan menuntut US$70,000 bagi sampel-sampel bateri, ganti rugi am dan kos-kos lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Dalam pernyataan pembelaan mereka, pihak pembelaan berkata tidak terdapat kewajipan bagi memberikan tender itu kepada plaintif.

Mereka juga menafikan bahawa mereka bertanggungjawab bagi kos ujian di India dan kos-kos lain yang berkaitan.

Ketika ditemui selepas itu, Marappan berkata beliau akan menunggu laporan penuh penghakiman sebelum memutuskan sama ada untuk membuat rayuan atau tidak terhadap keputusan itu.

Mereka diwakili Peguam Kanan Persekutuan Azlina Mahmod dan Suloshani Vijendran, manakala Marappan diwakili A.Magesan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan