Dr Ling Mohon Hakim Tarik Diri, Dakwa Berat Sebelah

Diterbitkan: Isnin, 18 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik yang diperintah membela diri terhadap tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) memohon hakim yang mendengar kesnya menarik diri kerana didakwa berat sebelah.

Dr Ling yang diwakili peguam Wong Khian Keong memfail permohonan itu 5 Jun lalu di Mahkamah Tinggi di sini dan berikutan itu perbicaraan yang sepatutnya disambung hari ini ditangguhkan sehingga Khamis.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Ahmadi Asnawi berkata kedua-dua pihak akan mengemukakan hujah masing-masing Khamis ini.

Menerusi notis usul, Dr Ling memohon Hakim Ahmadi menarik diri daripada mendengar dan memutuskan kes perbicaraan melibatkannya dan ia akan didengar dan diputuskan oleh hakim yang lain.

Dr Ling mengemukakan alasan bahawa komen-komen yang diberikan oleh Hakim Ahmadi ketika memutuskan beliau membela diri pada 9 Mac lalu adalah berat sebelah yang nyata.

iklan

Video

Selasa, 1 September 2015 10:39 AM

Sumbangan Buka Akaun PTPTN Bagi Anak Merdeka

Sabtu, 29 Ogos 2015 10:45 AM

Lelaki Dibakar Di Cerun

Jumaat, 28 Ogos 2015 12:01 AM

"Allah Duga Saya" - Mamat (Sepah)

Kolumnis

iklan

Iklan