Pengurus Stor 7 Eleven Didakwa Pecah Amanah

Diterbitkan: Jumaat, 15 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengurus stor pada Jumaat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan pecah amanah wang hasil jualan lebih RM2,000 milik kedai 7 Eleven, dua minggu lepas.

Khairul Anuar Baharom, 33, didakwa melakukan pecah amanah wang RM2,791 di kedai 7 Eleven, No. 1443, Bandar Tasik Selatan, Cheras di sini, antara 2 Jun hingga 4 Jun lepas.

Tertuduh, yang ditangkap pada 4 Jun lepas, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan