Warga Sri Lanka Dipenjara Sehari, Denda RM800 Kerana Mencuri

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Sri Lanka dipenjara sehari dan didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah mencuri pakaian di sebuah pasar raya minggu lepas.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin turut memerintahkan Prabakaran, 32, menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda.

Prabakaran didakwa mencuri beberapa helai baju dan seluar yang kesemuanya berharga RM176.07 milik pasar raya Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada 8.20 malam, 3 Jun lepas.

Lelaki itu yang bekerja di sebuah kilang didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Muhamad Sapri Yaakub manakala tertuduh diwakili peguam Nurul Fatihah Abdul Ghani.

Di mahkamah sama, seorang juruteknik mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melarikan seorang pelajar perempuan berumur 14 tahun di Taman Connaught, Cheras, di sini pada 1 tengah hari, 27 Disember 2010.

Chong Hwa Sing, 24, yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Mawarni Abd Halim menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin tetapi tiada jaminan ditetapkan kerana penjamin tidak hadir.

Mahkamah menetapkan 28 Jun untuk sebutan kes. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan