Syabas Tuntut Kerajaan Selangor Bayar RM1.05 Bilion Hutang Pelarasan Tarif Air

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menuntut kerajaan negeri Selangor membayar RM1.05 bilion yang dihutang kepada syarikat itu berikutan pelarasan tarif air.

Dalam pernyataan tuntutan pindaannya, Syabas menuntut satu perisytiharan bahawa semasa perjanjian konsesi bertarikh 15 Disember 2004, terdapat RM1,054,208,382 (berdasarkan tarif dipersetujui mengenai RM1.89/meter padu) kena dibayar dan terhutang dari kerajaan Selangor kepada Syabas untuk tempoh dari 1 Januari 2009 sehingga 31 Mac 2011.

Secara alternatif, Syabas juga menuntut Mahkamah Tinggi mengisytiharkan berkenaan tarif yang dipersetujui di bawah perjanjian konsesi bertarikh 15 Disember 2004 bagi tempoh 1 Januari 2009 hingga 31 Mac 2011 berjumlah RM1.89/meter padu seperti yang disahkan oleh sijil bertarikh 26 Disember 2008 yang dikeluarkan Ketua Audit Negara dan penghakiman dimasukkan bagi plaintif terhadap defendan.

Dalam tuntutan pindaan yang difailkan pada 8 September tahun lepas, Syabas menuntut kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Syabas mendakwa bahawa berdasarkan perjanjian, yang ditandatangani kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri Selangor dan syarikat itu, ia diberikan konsesi 30 tahun untuk membeli air yang dirawat dari pengusaha rawatan air dan untuk membekalkan air yang dirawat ke kawasan pengagihan mengikut terma yang dinyatakan dalam perjanjian.

Syabas berkata melalui sepucuk surat bertarikh 31 Mac 2008, Syabas menghantar satu dokumen kepada kerajaan negeri Selangor bagi menyokong permohonannya bagi meningkatkan tarif yang diwartakan iaitu RM1.39 satu meter padu bagi tempoh operasi ketiga mulai 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2011.

Syabas mendakwa kerajaan negeri Selangor gagal memaklumkan syarikat itu sama ada ia bersetuju atau tidak bagi meningkatkan tarif yang diwartakan kepada tarif yang dipersetujui.

Ia juga mendakwa bahawa syarikat itu menghantar beberapa pucuk surat lagi kepada kerajaan negeri Selangor bagi menuntut pampasan selaras dengan perjanjian konsesi tetapi gagal mendapat sebarang jawapan yang memuaskan daripada defendan.

Hujah Syabas bahawa sekarang dan pada masa material yang terhutang dan kena dibayar oleh defendan iaitu sejumlah RM1,054,208,382 sebagai pampasan berdasarkan klausa 11.3(4) perjanjian konsesi bagi tempoh dari 1 Januari 2009 hingga 31 Mac 2011.

Kerajaan negeri Selangor dalam pernyataan pembelaannya menafikan setiap satu dakwaan dalam pernyataan tuntutan dan juga menyatakan bahawa Syabas tidak layak mendapat pampasan seperti didakwa.

Kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mary Lim Thiam Suan.

Pada prosiding hari ini (Khamis), peguam Syabas, Lua Ai Siew memaklumkan mahkamah bahawa Syabas telah mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk meminda pernyataan tuntutannya dan telah menyerahkannya kepada kerajaan negeri Selangor dan pihak ketiga (kerajaan Malaysia) pada 6 Jun.

Peguam kerajaan negeri Selangor, Fahda Nur Ahmad Kamar memberitahu mahkamah bahawa kerajaan negeri akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan