MP Kuala Krai Beri Keterangan Prosiding Inkues Baharudin

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Mohd Ramli yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0 tahun lepas memberi keterangan pada prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pemandu teksi Allahyarham Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia pada perhimpunan itu.

Dalam keterangannya, katanya beliau ada mencadangkan kepada anak Baharudin Ahmad, Dr Ummi Mirza seorang pegawai perubatan pelatih di jabatan pembedahan am di Hospital Kuala Lumpur (HKL) supaya menyaksikan dan menyertai bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat bapanya.

Dr Mohd Hatta, 56, berkata ketika memberikan cadangan itu kepada Dr Ummi Mirza, beliau tidak pasti sama ada cadangannya itu mengikut prosedur HKL atau tidak.

"Sebagai seorang doktor (pelatih) di HKL, dia boleh memohon tetapi saya tidak pasti sama ada prosedur HKL benarkan atau tidak...tapi mungkin boleh," katanya yang berada di HKL selama 40 minit bagi menziarahi jenazah Baharudin.

Beliau berkata Dr Ummi Mirza memberitahunya bahawa dia tidak dibenarkan masuk semasa bedah siasat dijalankan.

Beliau berkata demikian ketika disoal peguam Ahmad Jufliz Faiza semasa prosiding inkues menyiasat punca kematian Baharudin, yang meninggal dunia pada perhimpunan haram 9 Julai tahun lepas.

Saksi ke-33 itu berkata beliau mendapat tahu kematian Baharudin pada sebelah petang hari kejadian.

"Pada sebelah malam saya sempat ke hospital untuk menziarahi jenazah tetapi tidak dibenarkan masuk ke bilik mayat, jadi saya bertemu keluarga mangsa," katanya dan menurut pemimpin PAS itu beliau turut hadir ke majlis pengebumian Baharudin.

Dr Mohd Hatta juga memberitahu mahkamah bahawa ketika berada di Dataran Maybank bersama lebih kurang 30 orang peserta perhimpunan itu, beliau melihat ramai peserta datang dari pelbagai jalan termasuk dari Central Market dan dari arah Jalan Tun Perak.

"Dalam masa 10 minit sahaja keseluruhan jalan raya sudah penuh dengan kira-kira 10,000 peserta pada masa itu," katanya.

Inkues yang didengar di hadapan Koroner Zulkpli Abdullah bersambung Jumaat ini. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan