Mahkamah Dengar Permohonan Injunksi Lynas 27 Julai

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan injunksi Lynas Corporation Limited dan Lynas Malaysia Sdn Bhd bagi menghalang pengusaha portal berita online 'Free Malaysia Today'(FMT) daripada terus menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadap Lynas, pada 27 Julai ini.

Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas bertemu pihak berkenaan, Selasa.

Peguam Rueben Mathiavaranam, yang mewakili MToday News Sdn Bhd, memberitahu pemberita mahkamah menangguhkan pendengaran permohonan injunksi secara inter-parte hari ini selepas dimaklumkan plaintif (Lynas) memerlukan masa untuk memfailkan jawapan terhadap afidavit MToday.

Beliau berkata MToday menyerahkan afidavit itu kepada Lynas semalam.

Pada 19 April lepas, Lynas Corporation Sidney, Australia dan Lynas Malaysia menyaman MToday berhubung penyiaran satu artikel yang didakwa berunsur fitnah di laman webnya pada 6 Mac.

Selain perintah injunksi, Lynas menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan kos. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan