Ahli Perniagaan Didakwa Empat Pertuduhan Pindaan Tipu Bekas Pengarah NFC

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail, yang didakwa sebelum ini menipu bekas pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, pada Selasa mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan pindaan menipu bekas pengarah NFC itu membabitkan RM1.755 juta.

Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa memaklumkan kepada mahkamah bahawa pertuduhan kedua yang dihadapi oleh ahli perniagaan itu sebelum ini, telah dipinda hari ini dan dipecahkan menjadi empat pertuduhan.

Sebelum ini Shamsubahrin menghadapi dua pertuduhan menipu, kini dengan empat pertuduhan pindaan yang baharu, dia menghadapi lima pertuduhan menipu Mohamad Salleh.

Bagi pertuduhan pindaan kedua itu, Shamsubahrin, 46, didakwa menipu Mohamad Salleh, yang kini merupakan pengerusi NFC, dengan memperdayakan beliau (Mohamad Salleh) supaya menyerahkan sekeping cek berjumlah RM255,000 kepadanya untuk mempercayai kononnya sebahagian daripada wang itu diberikan kepada pegawai polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Perdana, bagi menutup kes yang sedang disiasat pihak polis berkaitan NFC.

Shamsubahrin, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Resources Sdn Bhd, dituduh melakukan kesalahan itu di premis CIMB Bank cawangan Taman Tun Dr Ismail di No. 138, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail di sini pada 25 November tahun lepas.

Bagi pertuduhan pindaan ketiga dan keempat, dia dituduh menipu Mohamad Salleh dengan memperdayakannya supaya menyerahkan dua keping cek, masing-masing berjumlah RM500,000 dan RM300,000 bagi tujuan sama di premis Maybank cawangan Kuala Lumpur City Center (KLCC) di Lot C-21-C, Concourse Extension, Suria KLCC pada 1 Disember tahun lepas.

Bagi pertuduhan pindaan kelima pula, Shamsubahrin, yang diwakili peguam Zarina Ismail didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayakannya supaya menyerahkan sekeping cek berjumlah RM700,000 bagi tujuan yang sama di premis Maybank cawangan utama Petaling Jaya di No. 50-52, Jalan Sultan (52/4), Petaling Jaya dekat sini, pada 5 Disember tahun lepas.

Bagaimanapun, Abdul Razak berkata pihak pendakwaan mengekalkan pertuduhan pertama yang dihadapi Shamsubahrin.

Bagi pertuduhan itu, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh, iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini pada 6 petang 20 November tahun lepas.

Shamsubahrin didakwa melakukan kelima-lima kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Rozilah Salleh menetapkan 29 Jun untuk pengurusan kes itu dan tarikh perbicaraan kes yang ditetapkan sebelum ini, pada 16 hingga 27 Julai depan dikekalkan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan