Tiga Lelaki Dipenjara 18 Tahun Kerana Lakukan Rompakan Bersenjata

Diterbitkan: Selasa, 12 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tiga lelaki yang sedang menjalani hukuman penjara bagi kesalahan Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata api, tiga tahun lepas.

Hakim Noor Azian Shaari memerintahkan Chung Cheng Seng, 45, Lai Kum Leng, 45, dan Tan Mian Chee, 59, menjalani hukuman itu berkuat kuasa, Selasa.

Chung, peniaga pasar malam, dan Lai, kontraktor, turut dijatuhi hukuman enam sebatan tetapi Tan, pemandu lori, terselamat daripada hukuman itu atas faktor usia.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Suntex, Batu 9, Cheras, pada 7.15 pagi, 16 Ogos 2009 mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat.

Sebelum ini, mereka dibicarakan atas pertuduhan asal mengikut Seksyen 396 Kanun Keseksaan iaitu membunuh ketika merompak.

Bagaimanapun, selepas 23 saksi memberi keterangan, Hakim Noor Azian memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie bagi pertuduhan merompak, namun gagal membuktikan elemen pembunuhan.

Dalam penghakimannya, beliau berkata dua das tembakan kedengaran selepas rompakan itu dan seorang lelaki bernama Asril Sanusi kemudian dijumpai mati terbaring di laman rumah dengan kesan tembakan.

"Saya tidak nafikan rompakan itu berlaku dan ketiga-tiga tertuduh telah dicamkan.

"Bagaimanapun, mahkamah dapati dua kelongsong peluru yang ditemui di laman rumah itu bukanlah punca kematian (Asril)," katanya.

Hakim Noor Azian kemudian meminda pertuduhan dan memerintahkan tertuduh membela diri terhadap pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata api.

Semua tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan itu.

Chung, Lai serta Tan ditangkap di Endau, Johor beberapa hari selepas rompakan dan empat pucuk pistol turut ditemui bersama mereka.

Mereka kemudian didakwa dan didapati bersalah mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 oleh Mahkamah Sesyen Kluang.

Chung dan Lai dihukum penjara seumur hidup dengan enam sebatan bagi kesalahan memperdagang senjata api manakala Tan dipenjara lima tahun kerana memiliki senjata api.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamalia Yahdi manakala Chung diwakili peguam T.Suresh, Lai oleh N.Logendran dan Tan diwakili K.A.Ramu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan