Remaja Lelaki Didakwa Pecah Amanah, Ubah Rekod Jualan Restoran Makanan Segera

Diterbitkan: Selasa, 12 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pada Selasa mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah dan mengubah rekod jualan sebuah restoran makanan segera minggu lepas.

Remaja itu yang bekerja sebagai juruwang didakwa melakukan pecah amanah membabitkan wang RM261.70 di Restoran Nandos Chickenland Malaysia Sdn Bhd, Sungei Wang, Jalan Sultan Ismail di sini pada 10.51 pagi 5 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun, dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Remaja itu juga menghadapi pertuduhan kedua iaitu mengubah rekod jualan iaitu transaksi sebagai tunai tetapi direkod sebagai melalui kad kredit.

Dia didakwa mengikut Seksyen 477A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Siti Affrizah Mohd Isa, 22, Ketua Krew Restoran Nandos itu juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat bersama remaja itu melakukan pecah amanah wang yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 108 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim S.M. Komathy Suppiah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun kedua-dua tertuduh hanya perlu membayar RM1,000 hari ini dan sekiranya mereka gagal hadir ke mahkamah, penjamin perlu membayar selebihnya iaitu RM1,000.

Mahkamah menetapkan 13 Ogos untuk sebutan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan