Saksi Kes Mat Sabu Mengaku Buat Laporan Polis Bersandarkan Laporan Akhbar

Diterbitkan: Isnin, 11 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Saksi pertama kes perbicaraan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai isu komunis Bukit Kepong, hari ini mengaku di Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau membuat dakwaan terhadap Mohamad hanya bersandarkan laporan akhbar bahasa Melayu.

Pesara polis Visva Nathan, 75 dari Raub, pada Isnin mengaku beliau telah menfitnah Mat Sabu serta meminta maaf kerana membuat laporan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar tersebut.

Nathan mengaku telah membuat laporan polis pada 27 Ogos selepas membaca laporan akhbar tersebut dimana dakwaan itu hanya berdasarkan pada sangkaan dan andaian.

"Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis mengambil tindakan," katanya di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin di Mahkamah Sesyen di sini, Isnin.

Nathan mengaku telah membuat fitnah itu selepas diberikan dua laporan iaitu keratan akhbar berkenaan dan teks ceramah Mat Sabu yang tidak mengandungi perkataan komunis.

Mat Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas. Mahkamah menetapkan 13, 16 dan 17 Jun untuk sambungan perbicaraan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan