Konstabel Dipenjara Tiga Tahun Cederakan Tahanan Polis - Berita Mahkamah | mStar

Konstabel Dipenjara Tiga Tahun Cederakan Tahanan Polis

Diterbitkan: Isnin, 11 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Konstabel V. Navindran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, Isnin, selepas didapati bersalah atas dua tuduhan pilihan mencederakan seorang tahanan polis, A. Kugan, tiga tahun lepas.

Hakim Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Navindran, 32, didakwa mencederakan Kugan, 23, suspek kes curi kereta mewah, yang meninggal dunia ketika berada dalam tahanan polis.

Anggota polis itu didakwa melakukan perbuatan itu di bilik soal siasat D9, Balai Polis Taipan USJ, Subang Jaya dekat sini pada pukul 7 pagi dan 4 petang, 16 Januari 2009.

Navindran didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan