Tiga Ulat Tiket Didenda

Diterbitkan: Jumaat, 8 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga 'ulat tiket' pada Khamis didenda antara RM2,000 dan RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menawarkan tiket kepada penumpang bas ekspres tanpa kuasa yang sah.

Majistret Azmil Muntapha Abas menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau empat bulan penjara terhadap Chow Chung Teck, 29, manakala dua yang lain, iaitu Chok Wean Kheong, 42 dan Kamaliah Budiman, 27, pula dijatuhi hukuman denda masing-masing RM2,500 atau dipenjara lima bulan.

Chow didakwa menawarkan tiket dengan cara memujuk atau mendesak penumpang kenderaan perkhidmatan awam itu (bas) tanpa kuasa yang sah di sekitar tangga platform 15, Terminal Pudu Sentral di sini pada 7.15 malam 7 Mac lepas.

Chok dan Kamaliah pula dituduh melakukan kesalahan yang sama, masing-masing di hadapan bangunan Cahaya Suria, Jalan Tun Perak dan di hentian teksi Jalan Tun Tan Cheng Lock berhadapan dengan Pasaraya Kotaraya di sini pada 11 pagi dan 12.15 tengah hari, 26 Ogos 2011.

Chow dan Chok merupakan pemeriksa tiket manakala Kamaliah seorang kerani kaunter tiket di salah sebuah syarikat bas ekspres.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-dua, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan dua Timbalan Pendakwa Raya iaitu Siti Aisyah Ahmad dan Wong Chai Sia. Chow diwakili peguam Ahmad Ridza Mohd Noh manakala Chok dan Kamaliah tidak diwakili peguam. Kesemua mereka membayar denda tersebut. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan