Penuntut Nigeria Dipenjara Enam Bulan, Satu Sebatan Salah Guna Wang

Diterbitkan: Jumaat, 8 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut kolej warga Nigeria pada Jumaat dijatuhi hukuman enam bulan penjara dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang dan tinggal di Malaysia melebihi tempoh ditetapkan.

Majistret Nur Azura Murah memerintahkan Oladare Rasheed Kayode, 26, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 21 Mei lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Oladare didakwa menyalahgunakan wang RM5,000 yang dimasukkan oleh Konsultan Fatimah Abu Bakar, 64, ke dalam akaun simpanan CIMB Bank milik Nor Aisiah Idris, 52, sedangkan dia (tertuduh) tahu wang yang dimasukkan oleh Fatimah itu bukan miliknya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di mesin ATM CIMB Bank Cawangan Desa Jaya, Kepong di No 4, Jalan 54 Desa Jaya, Sentul dekat sini pada 1.05 hingga 1.08 petang, 24 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat dan denda.

Bagi pertuduhan kedua, Oladare didakwa tinggal di Malaysia melebihi tempoh iaitu dari 4 Mei hingga 17 Mei 2012 dan melakukan kesalahan itu di pekarangan Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada 2 petang, 28 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(4) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne manakala tertuduh diwakili peguam Wan Azmir Wan Majid.

Sementara itu di mahkamah yang sama, seorang peniaga warga Nigeria mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyalahgunakan wang sebanyak RM31,000 bulan lepas.

Okalie Francis Abua, 30, didakwa menyalahgunakan wang RM31,000 yang dimasukkan oleh Fatimah ke dalam akaun simpanan CIMB Bank milik isteri Okalie, Jasvinder Kaur, 31, sedangkan tertuduh tahu wang yang dimasukkan oleh Fatimah itu bukan miliknya.

Kesalahan itu dilakukan di tempat dan waktu yang sama, pada 27 April lepas mengikut seksyen sama.

Terdahulu, S. Malini Anne menawarkan jaminan RM50,000 dengan dua penjamin tempatan dikenakan terhadap Okalie berserta dua syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berdekatan dua minggu sekali.

Peguam M. Tharuma Ratnam memohon supaya jaminan itu dikurangkan kerana tertuduh tidak mampu membayar jumlah jaminan yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan selain perlu menanggung isterinya yang mengandung.

Nur Azura membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin beserta dua syarat tambahan yang dipohon oleh pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan 10 Julai untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan