Mahkamah Tinggi Perintah Tony Pua Bayar RM200,000 Kepada Syabas

Diterbitkan: Jumaat, 8 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee membayar RM200,000 kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berhubung kenyataan memfitnah.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah juga menolak permohonan tuntutan balas Pua dan memberikan faedah pada kadar empat peratus setahun daripada tarikh penghakiman sehingga pembayaran penuh dan juga kos.

Amelia membuat keputusan itu di dalam kamar.

Dalam penghakiman bertulis 49 muka surat, Amelia berkata selepas mempertimbangkan keterangan kedua-dua belah pihak, mahkamah mendapati plaintif berjaya membuktikan kesnya terhadap defendan.

"Mahkamah dengan ini membenarkan permohonan plaintif bagi injunksi untuk menghalang defendan, sama ada oleh dirinya sendiri, pekerjanya atau ejennya daripada terus menerbitkan atau membenarkan diterbitkan semula perkataan-perkataan yang diadukan atau sebarang perkataan memfitnah yang serupa dan yang ada kaitan dengan plaintif," katanya.

Amelia juga berkata perkataan-perkataan yang dipersoalkan itu telah diedarkan kepada lebih 33,000 orang dan penerbitan perkataan-perkataan yang dipersoalkan itu oleh seorang anggota Parlimen, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan yang juga anggota Panel Semakan Air Kerajaan Negeri Selangor itu membawa lebih banyak implikasi daripada sekiranya ia dituturkan oleh orang biasa.

"Orang ramai menghormati defendan sebagai 'wakil rakyat' mereka dan kenyataan yang dikeluarkannya membawa kesan lebih besar.

"Dalam keadaan itu, adalah penting bagi defendan, dalam menjalankan tugas-tugasnya, untuk memastikan dalam bercakap mengenai dan menyebarkan maklumat kepentingan awam kepada pengundi dan orang awam, beliau perlu menyebarkan maklumat secara adil dan tanpa meninggalkan sebarang fakta yang mungkin boleh menyebabkan kenyataan itu bersifat memfitnah.

"Walaupun plaintif mungkin berdepan isu aliran tunai, mahkamah tidak percaya bahawa ia melihat kes ini untuk menambah tabungannya. Dengan keputusan yang memihak kepadanya, plaintif dengan ini mendapat justifikasi dan perkataan-perkataan itu jelas memfitnah," katanya.

Dalam saman difailkan pada 28 Jan tahun lepas, Syabas mendakwa dengan penerbitan laporan itu dalam akhbar pada November 2010, syarikat itu telah diheret ke dalam dkandal awam dan imejnya dicemarkan.

Selain memohon injunksi untuk menghalang Pua atau ejennya daripada terus menerbitkan perkataan memfitnah terhadao syarikat itu, Syabas juga memohon ganti rugi am dan kos.

Pua, dalam kenyataan balasnya yang difailkan pada 14 Mac tahun lepas, menafikan menuturkan perkataan memfitnah dan pada bulan lepas memfailkan permohonan untuk mengetepikan saman Syabas. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan