Mahkamah Dengar Permohonan Azilah Untuk Tambah Alasan Rayuan Pada 5 Julai

Diterbitkan: Jumaat, 8 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan akan mendengar pada 5 Julai ini permohonan oleh Ketua Inspektor Azilah Hadri untuk memasukkan alasan tambahan dalam petisyen rayuannya.

Tarikh itu ditetapkan oleh timbalan pendaftar mahkamah N.Kanageswari apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes di dalam kamarnya, Jumaat.

Azilah, 34, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 39, disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu di Mukim Raja antara 9.45 malam pada 18 Okt, 2006, dan 9.45 malam keesokan harinya.

Rayuan mereka kepada Mahkamah Rayuan dijadual didengar pada 27 dan 28 Ogos. Terdapat 43 alasan dalam petisyen rayuan Azilah.

Azilah diwakili peguam J.Kuldeep Kumar manakala Sirul Azhar pula diwakili peguam Hasnal Rezua Merican. Timbalan Pendakwa Raya K.Mangai dan Farah Ezlin Yusop Khan hadir bagi pihak pendakwaan.

Pada 30 April tahun ini, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Sirul Azhar untuk menambah enam alasan kepada sembilan alasan yang sedia ada dalam petisyen rayuannya.

Penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, didakwa bersubahat dengan kedua-dua tertuduh itu, yang merupakan komando Unit Tindakan Khas, dalam pembunuhan Altantuya. Dia dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt, 2008, tanpa dipanggil membela diri. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan