Kes Remaja Dituduh Bunuh Bapa Disebut Semula 18 Julai

Diterbitkan: Jumaat, 8 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Mahkamah Majistret di sini, Jumaat, menetapkan kes seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dituduh membunuh bapanya disebut semula pada 18 Julai depan.

Majistret Haslinda A.Raof membuat ketetapan itu apabila kes berkenaan disebut di dalam kamarnya di hadapan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Al-Hizan Al-Mahamad Akhir dan peguam yang mewakili remaja itu, K. Nahtan.

Sementara itu, Mohamad Al-Hizan ketika ditemui pemberita berkata remaja itu yang sebelum ini menjalani pemeriksaan di Hospital Bahagia Ulu Kinta telah dibenarkan keluar dari hospital itu dan kini menjalani proses tahanan biasa.

"Kita masih menunggu laporan kimia dan bedah siasat," katanya.

Pada 10 Mei lepas, remaja bawah umur terbabit dituduh membunuh bapanya yang berusia 40 tahun, di rumah mereka di Taman Bersatu, Simpang Pulai antara pukul 11.30 malam, 30 April dan 12.30 malam, 1 Mei lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Remaja itu dirujuk ke Hospital Bahagia untuk pemeriksaan oleh mahkamah atas permintaan Nahtan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan