Kes Hasutan: Permohonan Tukar Hakim Ditolak, Bicara Diteruskan - Berita Mahkamah | mStar

Kes Hasutan: Permohonan Tukar Hakim Ditolak, Bicara Diteruskan

Diterbitkan: Jumaat, 8 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peguam P. Uthayakumar pada Jumaat gagal dalam permohonannya supaya Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Zamzani Mohd Zain menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan kes hasutan ke atasnya.

Hakim Ahmad Zamzani menolak permohonan tersebut dan memutuskan bahawa beliau akan terus mendengar perbicaraan kes peguam itu.

Uthayakumar, 50, yang diwakili peguam M. Manoharan, dalam permohonannya pada Khamis memohon hakim tersebut menarik diri daripada terus mendengar kes itu atas alasan hakim berkenaan bersifat berat sebelah.

Dalam keputusannya pada Jumaat, Hakim Ahmad Zamzani menolak permohonan Uthayakumar selepas mendapati tiada merit dalam permohonan peguam tersebut.

Hakim itu kemudian mengarahkan perbicaraan diteruskan selepas membenarkan bantahan pihak pendakwaan yang meminta kes itu tidak ditangguhkan.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 Julai ini untuk meneruskan perbicaraan.

Terdahulu, dalam hujahannya Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badarudin berkata keputusan mahkamah hari ini (Jumaat) merupakan satu tindakan yang tidak boleh dirayu kerana ia bukan satu keputusan tetapi sekadar perintah yang dibuat sewaktu perbicaraan masih berjalan.

Pada 17 Disember 2007, Uthayakumar mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerbitkan satu surat berbau hasutan di laman web "Police Watch", antara 15 November dan 8 Disember 2008.

Bagi kesalahan itu, Uthayakumar didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan, yang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan