Sepak Polis, Lelaki China Dipenjara 12 Bulan

Diterbitkan: Khamis, 7 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga China dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menyepak kaki seorang anggota polis bertugas, Julai tahun lepas.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Wu Rui Rong, 60, dari Hunan, China selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tuduhan tersebut.

Lelaki itu didakwa melakukan kekerasan jenayah iaitu menyepak Koperal Megat Mohd Zainan Megat Adnan dengan niat menghalang penjawat awam itu menjalankan tugasnya yang sah di sisi undang-undang.

Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne memberitahu mahkamah anggota polis tersebut disepak ketika menahan tertuduh yang sedang mengedar risalah dan buku berbaur politik yang berlaku di negaranya, China, kepada orang awam.

Kesalahan itu dilakukannya di Dataran Merdeka, Jalan Raja di sini pada pukul 9.20 pagi, 13 Julai 2011.

Wu didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya.

Erry Shahriman tuurt membenarkan permohonan peguam Wong Huei Niang yang mewakili tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut yang berkuatkuasa hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah menaikkan wang jaminan tertuduh daripada RM5,000 kepada RM10,000 dengan dua penjamin warga tempatan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan