Peniaga Makanan & Pengawal Keselamatan Didakwa Rompak Juruwang Hotel

Diterbitkan: Khamis, 7 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang peniaga makanan dan seorang pengawal keselamatan, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, mengaku tidak bersalah merompak dua juruwang wanita menggunakan sebilah pisau, bulan lepas, membabitkan kerugian RM4,000.

Mohd Rosmadi Fauzi, 34, dan Ibrahim Seman, 34, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Patonah Junidi, 31, serta Sabida, seorang warga Indonesia,di kaunter Hotel Orchard Inn, Bandar Puteri, Puchong, Selangor pada 6.45 pagi 20 Mei lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Suraiya Mustafa Kamal membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Jun untuk sebutan bagi membolehkan mereka melantik peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ching Kian Chun. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan