Penolong Pegawai Penguatkuasa SPAD Nafi Terima Rasuah

Diterbitkan: Rabu, 6 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang penolong pegawai penguatkuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) Wilayah Timur pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah terhadap sembilan pertuduhan menerima rasuah membabitkan RM7,000 tahun lepas.

Mohd Azam Abdullah Zawawi, 44, yang bertugas di SPAD cawangan Kuala Terengganu didakwa atas enam pertuduhan memperoleh suapan wang tunai RM6,000 daripada K R Alagendran menerusi akaun bank DMIX Harmony Trading sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas lori-lori Alagendran yang membawa batu kasaran yang melanggar Akta Pengangkutan Darat 2010.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di B-338, CIMB Bank Jalan Beserah di antara 26 April hingga 21 Oktober 2011 dan boleh dituduh di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan berikutnya, tertuduh didakwa menerima wang tunai RM1,000 daripada Alagendran sebagai wang perlindungan untuk tidak mengambil tindakan sama terhadap lori milik Alagendran pada 13 Disember tahun lalu kira-kira pukul 12.15 pagi di hadapan Maxis Jalan Beserah, di sini pada 13 Dis 2011.

Dia dituduh mengikut Seksyen 25 Akta SPRM 2009 kerana menerima wang perlindungan terbabit tetapi tidak melaporkan kepada SPRM berkenaan transaksi penyogokan terbabit dan Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 kerana tidak mengambil tindakan terhadap lori milik Alagendran yang membawa muatan tidak mengikut peraturan yang mana hukuman adalah mengikut Seksyen 24 akta sama.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Ahmad Zaidi Zainal memohon jaminan dikurangkan kepada RM5,000 dengan memberi alasan anak guamnya mempunyai pendapatan yang sedikit serta perlu menanggung anak yang bersekolah manakala isterinya tidak bekerja.

Hakim Mohd Azhar Othman kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya SPRM Syafinas Shabudin menawarkan RM15,000 sebagai wang jaminan.

Mohd Azhar menetapkan 3 hingga 7 September depan sebagai tarikh bicara yang akan melibatkan 21 saksi. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan