Mahkamah Beri Anwar Sehingga 20 Jun Jawab Penyataan Bela Nallakaruppan

Diterbitkan: Rabu, 6 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, Rabu memberi tempoh sehingga 20 Jun untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pernyataan pembelaan Presiden Parti India Malaysia Senator Datuk S.Nallakaruppan berhubung saman fitnah berjumlah RM100 juta yang difailkannya Mac lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan tarikh itu selepas peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memohon tempoh selama dua minggu untuk menjawab pernyataan tersebut.

Pada 26 Mac, Anwar memfail saman terhadap Nallakaruppan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar berkenaan, Datuk Abdul Aziz Ishak, berhubung perkataan-perkataan beliau (Nallakaruppan) yang mencemar nama baiknya melalui kenyataan yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac.

Dalam pernyataan tuntutan, Anwar berkata perkataan fitnah yang terkandung dalam artikel akhbar berkenaan adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat.

Anwar mendakwa beliau menghantar surat tuntutan menerusi peguamnya kepada defendan supaya menarik balik perkataan yang berbaur fitnah itu tetapi mereka gagal berbuat demikian.

Beliau menuntut ganti rugi am berjumlah RM100 juta, selain ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan