Wanita Thailand Dituduh Tidak Isytihar Wang Bernilai Lebih RM140,000

Diterbitkan: Selasa, 5 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seorang wanita rakyat Thailand, pada Isnin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu tidak mengisytiharkan jumlah wang yang dibawa masuk ke negara ini dan mengimport barang larangan, bulan lepas.

Tertuduh, Ketkanya Kanoy, 49, dituduh melakukan kesalahan tersebut di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Rantau Panjang pada pukul 10 pagi, 21 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh gagal mengisytiharkan sejumlah 2,585 helai wang kertas RM50 dan 200 helai wang kertas RM100 yang kesemuanya bernilai RM149,250.

Bagi pertuduhan itu, Ketkanya dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23 (1) Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613).

Jika sabit kesalahan wanita itu boleh dihukum mengikut Seksyen 23 (2) Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2011 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Untuk pertuduhan kedua pula, dia dituduh mengimport kesemua wang terbabit dengan sebuah motosikal bernombor pendaftaran Thailand di tempat dan masa yang sama.

Wang tersebut dilarang pengimportannya di bawah Akta Kastam 1967 dibaca bersama Perintah Kawalan Pertukaran Wang (Import dan Eksport) 2012, Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 kecuali dengan kebenaran Pengawal Pertukaran Wang Asing.

Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam yang boleh dihukum mengikut Seksyen 135 (1) (iii) (aa) Akta yang sama yang membawa hukuman denda minimum sebanyak RM1.492 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa Kastam, Khoo Joo Kui manakala tertuduh diwakili peguam bela, Alias Abdullah.

Sebelum itu, Alias memohon kepada mahkamah supaya anak guamnya diberikan jaminan sementara menunggu prosiding perbicaraan tersebut selesai.

Beliau berkata anak guamnya itu berulang alik ke negara ini sejak 21 tahun lalu selepas memeluk Islam dan berkahwin dengan arwah suaminya selain mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan berulang alik ke negara jiran menggunakan pas sempadan.

Bagaimanapun, Khoo membantah kerana tertuduh adalah seorang warga asing yang boleh menyebabkannya untuk menghilangkan diri dengan mudah dan dituduh melakukan kesalahan yang serius.

Hakim Irwan Suainbon kemudiannya memutuskan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan menetapkan 24 Jun untuk sebutan semula kes itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan