Majlis Peguam Dikehendaki Beri Respons Sebelum 14 Jun Berhubung EGM

Diterbitkan: Selasa, 5 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam Malaysia diberi tempoh sehingga 14 Jun ini untuk memberi respons terhadap saman dikemukakan oleh seorang peguam yang mencabar satu notis bagi mengadakan mesyuarat agung luar biasanya (EGM) pada 11 Mei.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara juga menetapkan 13 Jun ini sebagai tarikh selanjutnya bagi pengurusan kes tersebut selepas bertemu dengan kedua-dua pihak dalam kamarnya, Selasa.

Pada 16 Mei lalu, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, memfailkan saman dengan menamakan badan peguam tersebut, Majlis Peguam, presidennya Lim Chee Wee dan setiausahanya, Tony Woon Yeow Thong sebagai defendan menuntut satu perisytiharan supaya diputuskan bahawa notis bertarikh 4 Mei untuk memanggil EGM itu sebagai tidak sah dan tidak selaras dengan Akta Profesion Guaman 1976.

Peguam Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman dan Shaharudin Ali mewakili plaintif dan Idza Hajar Ahmad Idzam bertindak bagi pihak defendan.

Ketika ditanya mengenai perkara tersebut, Shaharudin memberitahu pemberita bahawa Majlis Peguam dikehendaki memfailkan pernyataannya sebelum 14 Jun dan plaintif pula perlu memberi jawapan sebelum 21 Jun.

Shaharudin berkata peguam di pihak defendan memberitahu mahkamah bahawa ketiga-tiga defendan iaitu Majlis Peguam, Lim dan Woon bercadang membatalkan saman tersebut.

Beliau berkata ketiga-tiga pihak itu juga akan menghadkan isu kepada satu persoalan sahaja sama ada notis memanggil EGM itu sebagai tidak sah atau tidak mengikut peruntukan dalam akta berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutan, Mohd Khairul Azam, yang menganggotai Peguam Malaysia dan juga Majlis Peguam, mendakwa bahawa notis memanggil EGM itu dikeluarkan kurang daripada tujuh hari sebelum 11 Mei, selain menyatakan bahawa anggota majlis tersebut tidak dimaklumkan dengan sewajarnya.

Mohd Khairul Azam mendakwa bahawa Woon telah mengeluarkan notis EGM pada 4 Mei, tanpa menyebut sama ada Majlis Peguam sudah memutuskan dalam mesyuarat mereka sebelum itu untuk mengadakan EGM.

Beliau berkata usul yang dibincangkan dalam EGM itu melanggar Akta Hasutan 1948 kerana membincangkan perkara yang di luar bidang kuasa undang-undang yang mengawal selia pihak defendan.

Mohd Khairul Azam mendakwa bahawa anggota-anggota Majlis Peguam sudah diprejudis melalui usul berkenaan dan 14,189 anggota majlis diletakkan dalam keadaan skandal menerusi perbincangan secara terbuka serta bidang profesion mereka dicemuh.

EGM tersebut meluluskan usul dengan 939 undi menyokong 16 menentang meminta Ketua Polis Negara dan Kementerian Dalam Negeri memohon maaf di atas penggunaan kekerasan yang berlebihan terhadap penunjuk perasaan dan wartawan semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan