Penganggur Didakwa Atas Tuduhan Bunuh - Berita Mahkamah | mStar

Penganggur Didakwa Atas Tuduhan Bunuh

Diterbitkan: Jumaat, 1 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang penganggur dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang lelaki empat tahun lepas.

P.Gunasegaran, 43, didakwa membunuh P.Pollipillai, 53, di tempat letak kereta di hadapan Kedai Hin Fatt Aksesori & Kusyen di Batu 8, Jalan Bukit Kemuning di sini, antara 4.30 pagi dan 7.30 pagi pada 27 Sept 2008.

Pertuduhan dibuat Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Gunasegaran mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Majistret, Nurul Syahida Zainal menetapkan 24 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Salwa Asmary Abdul Rahim manakala Gunasegaran tidak diwakili peguam. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan