Isteri Bebas Tuduhan Miliki Kanabis, Suami Dipenjara 14 Tahun, 10 Sebatan

Diterbitkan: Jumaat, 1 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang wanita dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan pilihan memiliki kanabis seberat 926 gram oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini manakala suaminya dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan yang sama.

Erniyanti Turkiyah, 29, hanya mampu memeluk dan memegang wajah suaminya, Mohd Rizal Zulkifli, 34, sambil menangis teresak-esak selepas Hakim Noor Azian Shaari membuat keputusan itu.

Mohd Rizal dan Erniyanti didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu di tepi jalan Lot 618, Jalan Wan Siew, Sungai Chua, Kajang dekat sini, kira-kira pukul 12.45 pagi 18 Feb tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) Akta sama yang memperuntuk hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun dan sebatan tidak kurang 10 sebatan.

Mengikut fakta kes, pasangan suami isteri itu dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah restoran dan selepas diperiksa, polis menemui kunci kereta sebuah Proton Saga Wira di dalam beg Erniyanti.

Pemeriksaan di dalam kereta berkenaan seterusnya menemui bungkusan berbalut kertas surat khabar mengandungi kanabis di bahagian bawah tempat duduk penumpang hadapan.

Mohd Rizal, pemilik kedai menjual telefon bimbit dan Erniyanti, surirumah, sebelum ini didakwa atas tuduhan mengedar mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan kemudian menawarkan pertuduhan pilihan terhadap pasangan itu yang mempunyai seorang anak lelaki berumur empat tahun.

Pendakwaan kemudian mengemukakan permohonan untuk menarik balik pertuduhan terhadap Erniyanti manakala Mohd Rizal mengaku bersalah terhadap tuduhan di bawah Seksyen 39A(2) Akta itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suzana Abdul Latif sementara Mohd Rizal diwakili peguam Kartar Singh dan Erniyanti diwakili peguam S.Selvi. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan