Hakim Baru Dengar Kes Saman Manjeet Terhadap Gobalakrishnan

Diterbitkan: Jumaat, 1 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang hakim baru akan mendengar kes tuntutan saman malu RM2.5 juta oleh peguam kanan Manjeet Singh Dhillon terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan dua yang lain.

Pada 26 September tahun lepas, Manjeet memfailkan samannya dengan menamakan Gobalakrishnan, pemberita Utusan Malaysia, Raja Syahrir Abu Bakar, Utusan Melayu (M) Berhad dan TV3 sebagai defendan.

Peguam Americk Sidhu mewakili Manjeet, Hasnal Rezua Merican dan Kamarul Hisham Kamaruddin untuk Gobalakrishnan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bertindak di pihak Raja Syahrir dan Utusan Melayu dan Lim Qi Si bagi pihak TV3 bertemu dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Dr. Prasad Sandosham Abraham, yang mendengar kes tersebut di peringkat awal perbicaraan sebelum ini.

"Di permulaan pendengaran hari ini Hakim Prasad mendengar isu sama ada perkataan-perkataan yang menjadi bahan aduan itu adalah memalukan. Beliau menyerahkannya kepada hakim baru kerana beliau akan bertukar ke Mahkamah Tinggi Shah Alam," kata Lim ketika ditanya oleh pemberita mengenai perkara tersebut.

Pertukaran Hakim Prasad akan berkuatkuasa 15 Jun ini.

Peguam Lim berkata seorang hakim baru dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Nor Bee Ariffin akan mendengar perkara tersebut. Mahkamah memutuskan 3 Julai sebagai tarikh untuk mendengar saman berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Manjeet menyatakan bahawa Gobalakrishnan mengadakan temu bual dengan media di mana anggota Parlimen berkenaan secara berbohong dan berniat jahat mengeluarkan kata-kata menghina tidak berasas mengenai Manjeet dan dikira akan menyebabkan kerosakan kepada maruahnya.

Peguam itu berkata laporan wartawan tentang temu bual tersebut kemudiannya 'secara palsu dan disiarkan dengan niat jahat dan diedarkan oleh Utusan pada 17 Ogos tahun lepas dengan tajuk 'Manjeet selalu burukkan kerajaan' dengan cara yang cuai tidak mempedulikan kebenaran kandungannya'.

Sebahagian besar daripada laporan temubual itu dikatakan telah disiarkan melalui berita TV3 pada 16 Ogos tahun lepas.

Manjeet menuntut ganti rugi RM2.5 juta, termasuk ganti rugi contoh dengan kos dan relif lain yang difikrkan sesuai oleh mahkamah. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan