Pemandu Teksi Warga India Ke Tali Gantung Edar 15 Kg Ketamin

Diterbitkan: Khamis, 31 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pemandu teksi warga India pada Khamis dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengendar dadah jenis ketamin seberat 15,559 gram di lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sepang, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Abd Rahim Uda membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan oleh Baskar Venkatasamy, 51, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Abd Rahim berkata keterangan pembelaan tertuduh berpaksikan satu versi sahaja iaitu dia tidak tahu mengenai kewujudan dadah itu.

Beliau berkata tidak ada saksi pendakwaan yang memanipulasi serta mengadakan-adakan keterangan terhadap tertuduh dan tiada sebab untuk mahkamah tidak mempercayai keterangan mereka.

"Mahkamah tidak dapat menerima pembelaan tertuduh yang tidak masuk akal dan bercanggah dengan keadaan yang berlaku. "Oleh demikian, tertuduh didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Anda akan dibawa ke satu tempat untuk menjalani hukuman itu," katanya.

Baskar didakwa melakukan kesalahan itu di Kaunter Pemeriksaan D, Cawangan Pemeriksaan Penumpang Satu, Balai Ketibaan KLIA, pada 1 petang, 29 Disember 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu ditahan ketika membawa kesemua dadah berkenaan di dalam kotak berisi kain sari, berus dan dua biji periuk.

Sepanjang perbicaraan, seramai 10 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Naziah Mokhtar sementara tertuduh diwakili peguam Datuk S. Arunan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan