Bekas Pemandu Terselamat Daripada Tali Gantung - Berita Mahkamah | mStar

Bekas Pemandu Terselamat Daripada Tali Gantung

Diterbitkan: Khamis, 31 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang bekas pemandu sebuah syarikat dikenakan hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, Khamis selepas mengaku bersalah atas tuduhan pilihan dari mengedar kepada memiliki dadah seberat 85.1 gram, 12 tahun lepas.

Bagaimanapun, Ng Chong Wan, 55, mengaku bersalah atas tuduhan pilihan itu sebelum perbicaraan bermula dan Hakim Datuk Siti Matiah Ahmad menjatuhkan hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 9 Mac, 2004.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Ng atas tuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Ng kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman tersebut tetapi rayuannya ditolak. Tertuduh kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Pada 13 Disember 2011, Mahkamah Persekutuan memutuskan supaya tertuduh dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi atas tuduhan pilihan iaitu memiliki dadah.

Dia kemudian didakwa mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan minimum 10 kali sebatan.

Ng mengaku memiliki 85.1 gram dadah, iaitu 77.8 gram heroin dan 7.3 gram Monoacetylmorphines di tepi Jalan Taman Hartamas, Cheras, dekat sini, kira-kira pukul 3.45 petang, 9 Mac 2004.

Tertuduh ditahan selepas meletakkan bungkusan plastik berisi dadah berkenaan di tepi kaki lima jalan itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Yaser Mohd Nasri sementara Ng diwakili peguam Rajpal Singh. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan