Kes Stephanie Foray: Jurufoto PDRM Berang Diasak Peguam Tertuduh

Diterbitkan: Rabu, 30 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Akibat sering memberi jawapan "tidak pasti", seorang jurugambar Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang menjadi saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan pelancong wanita Perancis Stephanie Foray di Pulau Tioman tahun lepas, berang selepas berulang kali diasak peguam tertuduh.

Perkara itu berlaku apabila peguam Mohd Hisham Abdul Rahim, yang mewakili sni Omar, 37, tidak berpuas hati dengan jawapan Koperal Rozlan Mohamed Yusof yang ditugaskan mengambil gambar barang kes di bilik mesyuarat Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang pada 10 Ogos 2011.

Ketika disoal Mohamad Hisham sama ada Rozlan mengambil gambar dari bilik itu yang tertera perkataan 'liputan akhbar berkenaan kes pembunuhan Stephanie Foray,' saksi berkata beliau tidak tahu kerana hanya diarahkan datang untuk merakam gambar barang kes.

Rozlan juga bersetuju dengan cadangan Mohamad Hisham bahawa barang kes itu disusun terlebih dahulu oleh Inspektor Shuhada Salim sebelum beliau mengambil gambar.

Bagaimanapun, saksi itu sekali lagi memberikan jawapan 'tidak pasti' apabila disoal Mohamad Hisham sama ada beliau mengetahui dari mana barang kes itu dikeluarkan untuk dirakam gambarnya.

"Kalau kamu kata Inspektor Shuhada yang menyusun barang-barang itu, mesti kamu tahu dari mana ia diambil," kata Mohamad Hisham.

"Barang-Barang ini telah berada di dalam bilik. Saya tak tahu ia diambil dari mana. Bila ia dah siap disusun, saya ambil gambarnya sahaja. Itu sahaja yang saya tahu," kata Rozlan.

Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, saksi itu berkata tidak ada pihak lain selain Inspektor Shuhada yang menyusun barang kes tersebut.

Beliau memberi keterangan pada hari ketujuh kes perbicaraan Asni yang didakwa membunuh Foray di rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin antara 8 malam, 10 Mei dan 12 tengah hari, 12 Mei tahun lepas.

Terdahulu, Rozlan yang bertugas di cawangan foto IPK Pahang, berkata pada hari sama, beliau ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bersama pegawai penyiasat ASP Mohd Razali Razak dan seorang pakar patologi untuk mengambil gambar barang kes yang 'menyerupai gelung getah'.

Turut memberi keterangan pada prosiding Rabu ialah tiga lagi jurufoto PDRM iaitu Koperal Amran Salim, Lans Koperal Meor Fadhirul Marzuki dan Lans Koperal Norsham Ismail.

Amran, yang bertugas di Balai Polis Muadzam Shah, berkata beliau ditugaskan mengambil gambar bedah siasat dalam kes itu di bilik mayat HTAA pada 9 Ogos 2011.

Meor Fadhirul, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, pula berkata beliau diarahkan ASP Mohamad Razali untuk melakukan tugasan sama pada 12 Ogos 2011.

Menjawab soalan Nor Azizah, kedua-dua saksi berkata mereka merakam gambar bedah siasat 'tengkorak' yang ditemui dalam kes pembunuhan itu.

Sementara itu, mahkamah melepaskan saksi ketiga pendakwaan iaitu ahli kimia Nor Aidora Saedon, yang tidak mampu memberi keterangan hari ini akibat 'kehilangan suara'.

Perbicaraan di depan Hakim Datuk Mariana Yahya bersambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan