Bicara Kes Karpal Singh Saman Utusan Ditetapkan 28 Ogos

Diterbitkan: Rabu, 30 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, Selasa, menetapkan 28 dan 30 Ogos untuk perbicaraan kes saman fitnah RM10 juta yang difailkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh terhadap Utusan Melayu (M) Berhad empat tahun lalu.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan tarikh itu dengan dihadiri peguam Sangeet Kaur bagi pihak Karpal Singh dan peguam B Mohana Kumar yang mewakili Utusan.

Karpal Singh, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor memfailkan saman tersebut pada 19 Sept 2008 kerana mendakwa penerbit akhbar Utusan Malaysia menyiarkan artikel berunsur fitnah berhubung ucapannya pada Kongres Kebangsaan DAP ke-15 pada Ogos 2008 bertajuk 'DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu' pada 25 Ogos tahun yang sama.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa, keseluruhan kandungan artikel itu adalah palsu dan berniat jahat kerana ia tidak diucapkan oleh beliau ketika membuat ucapan pembukaan pada kongres tersebut.

Sementara itu, defendan dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 3 Nov 2008 menegaskan perkataan yang didakwa fitnah itu adalah akibat satu salah faham atau kekeliruan.

Ia juga telah ditulis oleh wartawan dan diterbitkan oleh defendan tanpa sebarang niat jahat terhadap plaintif. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan