Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Kayveas, Isteri Agar Diberi Masa Merayu

Diterbitkan: Selasa, 29 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk Seri M. Kayveas dan isteri, Datin Seri Blanche O'Leary perlu mengembalikan RM470,000 kepada sebuah syarikat kontraktor selepas Mahkamah Rayuan pada Isnin menolak permohonan mereka bagi lanjutan masa untuk memfail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dua tahun lepas.

Dalam satu keputusan sebulat suara, panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali juga memerintahkan kos RM3,000 dibayar kepada responden.

Dua lagi hakim ialah Datuk Balia Yusof Wahi dan Datuk Aziah Ali.

Pada prosiding Isnin, peguam Murali Menon, bagi pihak Kayveas dan Blanche, berhujah bahawa mahkamah perlu membenarkan anak guamnya merayu di luar jangka waktu terutamanya disebabkan tiada tindakan atau kecuaian peguam cara sebelumnya untuk memfail rayuan dalam masa ditetapkan.

Dengan keputusan pada Isnin, Kayveas, yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan isteri dikehendaki membayar jumlah tersebut kepada Peninsular Concord Sdn Bhd sebagaimana diperintahkan oleh hakim Mahkamah Tinggi Harminder Singh pada 28 Julai, 2010.

Harminder dalam keputusannya juga menolak tuntutan balas oleh kedua-dua defendan terhadap syarikat itu.

Kedua-dua Kayveas dan Blanche bertindak sebagai "pemegang kepentingan" dalam usaha syarikat itu mendapatkan kerja bina jalan dalam sebuah projek.

Murali juga memberitahu panel bahawa nota prosiding dan asas penghakiman Mahkamah Tinggi tidak disediakan oleh mahkamah.

"Anak guam saya tidak harus menderita hanya kerana kesilapan peguam cara" hujah Murali. Peguam L P Leong, yang bertindak bagi pihak kontraktor, berhujah bahawa permohonan itu wajar ditolak atas alasan pemohon gagal mengemukakan penjelasan munasabah atas kelewatan itu.

Beliau berkata asas penghakiman telah dilaporkan dalam kedua-dua jernal undang-undang MLJ dan CLJ pada lewat 2010, sementara tarikh akhir memfail rayuan ialah 14 Ogos 2010. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan