Anak Zaid Ibrahim Dihadap Ke Mahkamah Rendah Syariah

Diterbitkan: Selasa, 29 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anak kepada Datuk Zaid Ibrahim, Ezra Zaid yang juga penerbit buku kontroversi ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’ tulisan Irshad Manji telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada petang Selasa atas dakwaan menerbitkan risalah atau buku yang bertentangan dengan Islam.

Perkara ini disahkan oleh peguam Ezra, Nizam Bashir.

Nizam berkata, Ezra dihadapkan ke mahkamah berkenaan kerana disiasat di bawah Seksyen 16 (1)(a) dan (1)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana menerbitkan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.

“Ezra kemudian telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1,800 dan kes berkenaan akan disebut pada 18 Julai di hadapan hakim. Tidak ada caj yang dibacakan terhadap Ezra semasa prosiding berlangsung,” ujar Nizam.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Selasa menyerbu pejabat syarikat ZI Publications yang menerbitkan buku ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’ tulisan Irshad Manji.

Pengarah Zi Publications, Ezra Zaid dalam tulisan twitter beliau berkata, kira-kira 20 pegawai Jais telah membuat serbuan ke pejabatnya.

"Ia dibuat mengikut Seksyen 16(1)(a) atau (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor berhubung "kesalahan penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak," katanya lagi di twitter.

Ketua Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya akan mengambil tindakan berkaitan dengan buku tulisan Irshad Manji.

“Jais akan ambil tindakan dalam apa bentuk sama ada ceramah, forum, buku dan artikel berkaitan Irshad Manji.

“Ini kerana ia menyalahi dari segi enakmen pentadbiran agama Islam Selangor,” kata beliau menerusi satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online, Selasa.

Difahamkan, Marzuki kini berada di luar negara.

Dalam pada itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah merampas sebanyak tujuh buku ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’ di sebuah kedai buku utama di sebuah pusat membeli-belah di Bangsar, Kuala Lumpur pada minggu lalu.

“Sebanyak tujuh buku Irshad Manji telah dirampas dalam pemantauan pada minggu lalu. Jawi akan terus membuat pemantauan mengenainya,” kata Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut namun berkata: “Saya akan buat kenyataan akhbar. Terdapat beberapa perkara perlu diperbincangkan mengenai rampasan dan pemantauan.”

Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Khamis lalu mengharamkan penerbitan buku tulisan Irshad Manji bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta' dan versi Bahasa Inggeris 'Allah, Liberty and Love' kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.

Timbalan Menterinya, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya 'boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.'

Abu Seman berkata, buku itu diharamkan selepas kementerian menerima laporan dan ulasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Antaranya, pandangan terhadap perkahwinan campur antara Muslim dan bukan Muslim sebagai sesuatu yang harus dan pemahaman ini boleh menjurus kepada pluralisme," katanya dalam kenyataan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan