Peniaga Dipenjara & Denda Kerana Cederakan Anjing Liar

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Akibat menyimbah air panas terhadap seekor anjing liar hingga cedera, seorang peniaga gerai makanan dipenjara sehari dan didenda RM200 oleh Mahkamah Majistret di sini Isnin. Majistret K B Elena Hong Tze Lan menjatuhkan hukuman itu ke atas Ngiu Kok Kong, 42, selepas ia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di Kedai Kopi Lucky, Seksyen 17, Petaling Jaya pada 7.30 malam, 7 Februari lepas.

Ngiu didakwa mengikut Seksyen 44(1)(A) Akta Binatang 1953 semakan 2006, yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM200, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Veterinar Chai Heong Onn. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan