Pengawal Keselamatan Dihukum Gantung Kerana Bunuh Pondan

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini Isnin selepas didapati bersalah membunuh seorang pondan di Setapak dua tahun lepas. Hakim Datuk Su Geok Yiam menjatuhi hukuman itu terhadap V.Raja, 23, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Bapa seorang anak itu, yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, didapati bersalah membunuh M. Kanan, 45, di kawasan Kolam Takungan Banjir Ayer Panas, di Lorong Air Tawar Off Jalan Air Jernih, Setapak, antara 1 pagi dan 2 pagi, 24 Ogos 2009.

Dalam keputusannya, Su berkata ketika memberi keterangan, salah seorang saksi pendakwaan berkata dia ternampak tertuduh menikam mangsa yang kemudiannya jatuh ke dalam kolam takungan banjir itu.

Dalam perbicaraan itu, Timbalan Pendakwa Raya Jean Sharmila Jesudason yang mewakili pihak pendakwaan mengemukakan 21 saksi.

Raja diwakili oleh peguam Shamsul Sulaiman.

Ketika ditanya wartawan, Jean mengesahkan mangsa adalah pondan, dan menurut laporan sebelum ini, polis menemui mayat yang disangka wanita kerana mangsa memakai pakaian wanita, bercoli serta berambut kerinting panjang mencecah bahu.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah di kepala dan belakang badan, serta satu tikaman di perut. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan