Anwar Fail Permohonan Batal Tuduhan Terhadap Perhimpunan Bersih

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memohon dua tuduhan terhadapnya berhubung perhimpunan Bersih dibatalkan.

Peguamnya Karpal Singh memfailkan dua permohonan di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin.

Dalam permohonan itu, Anwar berkata dakwaan di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan perlu dibatalkan atas alasan perintah larangan yang dikeluarkan oleh majistret berhubung perhimpunan di Dataran Merdeka adalah tidak sah.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan