Saman ACCIM Terhadap Hak Tanah Di Sabah Ditolak

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat menolak saman Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) terhadap penasihat kehormatnya dan tujuh lain berhubung pemunyaan benefisial sebidang tanah di Sabah.

Hakim Datuk Lim Yee Lam dalam keputusannya memerintahkan bahawa ACCCIM gagal membuktikan imbangan kebarangkalian bahawa ia pemegang amanah pemunyaan benefisial tanah yang dikatakan bernilai RM500 juta itu.

Lim berkata tuntutan pemilikan tanah oleh ACCCIM itu tidak diiktiraf mengikut Ordinan Tanah Sabah (SLO).

"Saya berpendapat tiada kepercayaan wujud yang memihak kepada ACCCIM," katanya yang membuat keputusan selepas mendengar keterangan daripada 14 saksi pihak plantif dan defendan.

Beliau juga berkata tuntutan ACCCIM adalah sia-sia, menyusahkan dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Lim kemudian menolak saman itu dengan kos antara RM150,000 hingga RM500,000.

Lim juga berkata tidak ada keterangan dokumen yang menyatakan ACCCIM sebagai pemegang amanah tanah berkenaan atau Unico-Desa Plantations Berhad bagi pihak ACCCIM.

Pada 2008, Presiden ACCCIM Tan Sri William Cheng dan timbalannya Datuk Lim Kok Cheong memfailkan saman terhadap Tan Sri Ngan Ching Wen (yang meninggal dunia selepas memberi keterangan dalam kes itu), presiden kehormat semur hidup Tan Sri Lim Guan Teik dan empat ahli majlis Teoh Hock Chai, Dr Yeong Cheong Thye, Mew Jin Seng dan Datuk Tan Huat Sheng, Unico Holdings Bhd (Ngan menjadi pengarah ketika itu) dan syarikat usaha sama Unico-Desa Plantations Berhad.

Dalam pernyataan tuntutan, Cheng dan Lim berkata Memorandum Persefahaman (MoU) bertarikh 17 Julai, 1981 antara ACCCIM dan Koperasi Pembangunan Desa (KPD), sebuah agensi negeri Sabah, bersetuju menubuhkan Unico-Desa untuk tujuan memperoleh tanah untuk perladangan pertanian di Sabah.

Menerusi surat bertarikh 16 Ogos, 1981, Unico-Desa menerima tawaran bagi 6,879 hektar tanah dan didaftar atas nama syarikat itu.

Pada 11 Dis, 1981, syarikat usaha sama itu digabungkan di bawah nama Unico-Desa dengan Unico Holdings memegang 51 peratus saham modal dan KPD memegang baki 49 peratus. Mereka berkata selepas ACCCIM menerima tawaran itu, Unico Holdings menubuhkan Jawatankuasa Promosi Kecil Saham pda Jun 1984 untuk menggalakkan saham Unico Holdings dan menjemput anggota komuniti perniagaan Cina melanggan dan meningkatkan modal saham Unico Holdings bagi melaksanakan penanaman kelapa sawit di tanah tersebut.

Bagaimanapun, pada 21 Ogos, 1987, perjanjian usaha sama antara Unico Holdings dan KPD dibatalkan dengan Unico Holidings memperoleh kesemua 49 peratus kepentingan dalam Unico-Desa milik KPD.

Akibatnya, Unico-Desa menjadi anak syarikat penuh Unico Holdings.

Mereka turut menyatakan sejak pengasingan tanah pada Mei 1983, ACCCIM sentiasa menjadi pemilik benefisial tanah berkenaan dan akibatnya, Unico-Desa memegang tanah itu demi kepentingan ACCCIM.

Mereka berkata akuan berkanun yang disahkan oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh pada 5 Ogos 2008, mengesahkan bahawa kerajaan negeri telah mengasingkan tanah itu kepada ACCCIM dan bukan kepada mana-mana entiti atau individu.

Mereka berkata Ngan menerusi surat peguam bertarikh 8 April, 2008, kepada ACCCIM berkata tanah itu bukan milik secara ekuiti dengan ACCCIM dan Unico-Desa adalah pemunyaan benefisial.

Berikutan deklarasi itu, Ngan dan pengarah lain telah bertindak secara salah dalam melanggar amanah dan kontrak sosial dan bertanggungjawab atas kelakuan mereka kepada ACCCIM, kata mereka.

Mereka menuntut antara lain satu deklarasi bahawa tanah tersebut diletakkan di bawah amanah Unico-Desa untuk dan bagi pihak ACCCIM. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan