Tujuh Lelaki Bebas Daripada Tuduhan Rogol Gadis Bawah Umur

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Tujuh lelaki dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat, daripada tuduhan merogol seorang gadis berumur 16 tahun di sebuah hotel, di sini tahun lepas.

Hakim Zamri Bakar melepas dan membebaskan Mohammad Rafiuddin Zainuddin, 22, Khairussani Ahmad, 26, Norazam Hamdan, 29, Mohammad Alif Ali Hashim, 23, Muhammad Saifuddin Abdul Rahman, 26, Mohamed Razif Kasim, 30 dan Mohamad Shafiq Abdul Jalil , 21, setelah pihak pembelaaan berjaya menimbulkan kes melampaui keraguan munsabah.

Mereka dituduh melakukan kesalahan berkenaan di bilik 204, Hotel Fully, nombor 41 & 47, Jalan Teratai 2, Taman Johor Jaya di sini, kira-kira pukul 12.30 malam, 22 Mei 2011.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 376 (2) (c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Zamri dalam penghakimannya berkata terdapat pelbagai percanggahan fakta di dalam keterangan yang diberi oleh mangsa selaku saksi utama sehingga menimbulkan keraguan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Zamri Idrus, Muhammad Abd Kadir dan Mohd Shujaa Halim. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan